Tuesday, December 7, 2010
Komik Geng Basikal Sekolah - Maal Hijrah
Saturday, November 6, 2010
:: Dia Calon Suamiku Part 3 ::
Friday, November 5, 2010
:: Penyampaian Hadiah Contest ::
Thursday, October 28, 2010
:: Lari dan terus berlari.. ::
Monday, October 25, 2010
:: Dia Calon Suamiku - Part 2 ::
Part 2
Part 2 - Klik (Part 1) jika anda belum membaca novel ini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
140km/j. Kelajuan yang tidak pernah dicapai oleh jejaka skema bermata empat sebelum ini. Di dalam hatinya hanya terbayang wajah Alisya. Senyuman ikhlas Alisya. Kini Amer menyedari satu hakikat. Dia mencintai gadis itu. Gadis lincah bernama Alisya Maisara. Sesalan kini menjelma. Membiarkan sekeping hati menanti. Membiarkan ego menguasai diri. Perjalanan 30 minit dirasakan seperti 30 hari.
Usai tiba di Hospital Pulau Pinang, Amer pantas mencari Alisya. Mau saja dia menjerit memanggil nama tersebut. Namun perasaan masih boleh dikawal. Hanya hati yang menjerit sayu. Memangil-manggil nama Alisya Maisara. Langkah dipercepatkan.
============================================
Lokasi – Room 014 Wad Pesakit Luar
Sayu hati jejaka skema bermata empat tatkala memandang sekujur tubuh lemah milik Alisya Maisara. Mahu saja dia memeluk tubuh itu. Tetapi iman masih di dada.
“Alisya, aku cintakan kamu. Tolong maafkan keegoanku. Maafkan aku membuatkan kau tertunggu.”
Seminggu Alisya koma. Bermakna seminggu juga lelaki skema bermata empat berulang alik ke hospital. Membawa sejambak mawar merah setiap kali kunjungan. Romantik juga rupanya lelaki skema bermata empat ini.
Semasa sedar dari koma, terkedu Alisya seketika apabila melihat lelaki skema bermata empat di sisi katil. Tertido keletihan. Tanpa kaca mata. Sungguh tenang wajahnya tanpa kaca mata. Setenang air di kali. Alisya memandang wajah itu. Ditenung sepuasnya. Perlahan tangannya diangkat lemah ke arah rambut lelaki tersebut.
"Alisya!" belum sempat diusap rambut itu. Lelaki bermata empat sudah pun sedar dari lena.
"Awak ok?" Alisya hanya mampu tersenyum lemah. Lelaki skema bermata empat menekan loceng memanggil doktor.
Setelah diperiksa, doktor mengesahkan Alisya sudah semakin baik. Cuma masih perlu tinggal di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
"Bunga tu.." Alisya mengangkat tangan ke arah bunga2 yang tersusun cantik.
"Oh ye..kejap ek. This is for u. Hope u like it." Lelaki skema bermata empat menghulurkan sejambak mawar merah kepada Alisya sambil tersenyum. Penuh makna.
Alisya tersenyum. Semanis yang mampu. Mekar hatinya semekar mawar merah tersebut.
Cinta antara Alisya dan lelaki skema bermata empat mekar di hospital.
"Alisya, i have something for u. Just for u. Sempena keluar hospital hari ini."
Alisya memandang keliru.
Lelaki skema bermata empat mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.
Satu pasang 'couple ring'. Sangat cantik.
"Alisya.. Saya nak melamar awak. Jika awak setuju, dalam masa terdekat saya akan menghantar rombongan meminang. Tapi before that, saya nak bagi cincin ni dulu. One for u, one for me. But sorry, tak dapat pakaikan untuk awak. Bukan muhrim." Ucap lelaki skema bermata empat sambil tersenyum.
Alisya keluar dari hospital dengan sebentuk cincin di jari manis dan hati yang mekar berbunga. Lelaki skema bermata empat menghantar Alisya pulang ke rumah setelah meminta izin terlebih dahulu daripada ibu bapa Alisya.
Mama dan papa Alisya menyukai lelaki skema bermata empat itu. Tetapi ada sesuatu bermain di fikiran mereka. Sesuatu yang sukar diungkapkan. Terlalu sukar.
====================================================
Lokasi: Ruang tamu rumah Alisya
"Alisya, mama dan papa ada sesuatu nak bagitau Alisya. Hope Alisya boleh menerimanya dengan tenang.." Encik Zamarul bersuara tenang. Di pandang wajah isteri tercinta, Puan Mahani di sisi. Kemudian memandang wajah anak tunggal kesayangannya, Alisya.
"Ada ape Pa?" Alisya memandang wajah tenang papanya dengan seribu persoalan. Hatinya gusar.
"Alisya, kamu masih ingat kan Uncle Mahadi dan Aunty Ramlah? Kawan baik papa dan mama yang tinggal di Johor tu?"
"Hmm.. ingat Pa. Kenapa dengan diorang Pa?"
"Kamu ingat Hafiz, kawan baik kamu masa kecil, anak Uncle Mahadi?"
Fikiran Alisya melayang mengingati nama itu. Dia masih ingat kenangan semasa kecil. Hafiz, ya dia masih ingat. Walaupun hanya berkawan selama 7 tahun kerana papanya terpaksa berpindah ke Pulau Pinang dan tidak pernah berjumpa lagi selepas itu. Yang dia tahu, Hafiz sekarang masih menuntut di Jepun, itu pun Aunty Ramlah yang bercerita semasa datang ke rumah terbuka mereka raya lepas.
"Alisya!" Langsung saja lamunannya terhenti.
"Ye Pa, Alisya ingat. Kenapa dengan Hafiz? Dia dah habis study ke?"
"Sebenarnya, semasa kamu kecik dulu, mama dan papa pernah sepakat dengan Uncle Mahadi dan Aunty Ramlah untuk menjodohkan kamu dengan Hafiz. Janji itu masih dipegang sampai sekarang."
"Maksud Papa?"
"Umur kamu dah 25 tahun. Janji kami dulu untuk kahwinkan Alisya dan Hafiz setelah kamu berdua berumur 25 tahun. Papa dan mama tahu kamu sukakan Amer. Papa dan mama juga menyukai Amer. Tapi janji tetap janji. Papa dan mama berharap kamu boleh fikir sedalam-dalamnya. Papa dan mama harap janji papa dan mama dapat dilaksanakan. Papa dan mama minta maaf tak bagitau awal-awal. Alisya fikir la baik-baik. Papa akan hormat keputusan Alisya."
Air mata Alisya gugur mendengar penjelasan papanya. Hancur luluh hatinya. Terbayang wajah tenang Amer, lelaki skema bermata empat. Lelaki pertama yang dicintainya. Jatuh cinta juga pada pandang pertama. Mana mungkin dia dapat melupai lelaki itu. Mana mungkin dia boleh beralih cinta kepada Hafiz walaupun kawan baik semasa kecil. Tapi tidak sampai hati untuk menghancurkan impian mama dan papa tersayang. Keliru. Resah. Sedih. Semuanya bercampur.
Tidur Alisya malam itu bertemankan air mata. Antara cintanya pada Amer dan impian keluarganya. Antara dua pilihan. Direnung cincin pemberian Amer di jari manisnya. Akhirnya terlelap jua.
============================================
Lokasi: Taman bunga
"Amer, I need to tell u something. Very important.."
Air mata gugur lagi. Terlalu sukar untuk memberitahu lelaki skema bermata empat tersebut.
"Alisya, are u ok?" Gusar hati lelaki skema bermata empat melihat air mata insan kesayangannya.
Bersama air mata berguguran, Alisya menceritakan segalanya kepada lelaki skema bermata empat. Sayu hati Amer mendengar cerita Alisya. Hancur luluh hatinya. Antara cinta dan rasa hormatnya kepada ibu bapa Alisya. Tidak mungkin dia dapat melepaskan Alisya. Tapi tidak tegar untuk memusnahkan harapan orang tua Alisya. Tidak tegar merebut Alisya dengan orang yang telah membesarkan Alisya.
"Alisya, jodoh pertemuan di tangan Allah. Restu keluarga itu penting. Andai benar kita tiada jodoh bersama. Abang rela melepaskan Alisya pergi." Air mata lelaki skema bermata empat bergenang. Tetapi ditahan sekuat mungkin. Tidak mungkin dia menangis di depan Alisya. Bukan kerana ego, tetapi kerana tidak mahu Alisya resah.
Semakin laju tangisan Alisya. Lelaki skema bermata empat berusaha menenangkan Alisya.
"Alisya, mencintai tak semestinya memiliki. Kita harus redha dengan ketentuan Ilahi. Pergilah kepada keluarga Alisya. Tapi ketahuilah, abang mencintai Alisya sepenuh hati."
"Cincin abang..."
"Tak pe.. Alisya simpan ye. Hati abang takkan tegar untuk melihatnya. Kalau Alisya rasa sangat terbeban dengan cincin tu, Alisya boleh buang..."
"Alisya juga takkan tegar untuk membuangnya..." Ucap Alisya lemah.
Lelaki skema bermata empat menghantar Alisya pulang. Berbincang dengan papa dan mama Alisya. Sayu hati orang tua Alisya dengan keikhlasan Amer. Tetapi janji tetap janji.
=================================================
Lokasi: Ruang tamu rumah Encik Zamarul dan Puan Mahani
Sudah sebulan hubungan Alisya dan lelaki skema bermata empat putus. Putus kerana terpaksa. Hari ini Alisya akan dipertemukan dengan Hafiz, kawan baiknya semasa kecil dan insan yang akan menjadi suaminya. Pilihan keluarga. Walalupun hati belum rela. Tetapi cuba mengikhlaskan hati untuk menerima suratan takdir.
"Assalamualaikum.."
Uncle Mahadi, Aunty Ramlah dan Hafiz muncul di depan pintu. Alisya langsung menyalami Aunty Ramlah. Di pandang wajah Hafiz. Senyuman dilontarkan.
Hensem. Alisya terpaksa mengakui hakikat itu. Bermata empat seperti Amer. Berwajah tenang. Juga seperti Amer. Yang menjadi perbezaan, gaya Hafiz. Lebih 'stylo'. Tidak seperti Amer yang bergaya skema.
Alisya ke dapur menolong mama dan Aunty Ramlah. Dibiarkan saja papanya bersembang bersama Uncle Mahadi dan Hafiz.
Makan malam dua keluarga yang akan menjadi satu tidak lama lagi. Orang tua Alisya dan orang tua Hafiz berbincang mengenai perkahwinan Alisya dan Hafiz. Alisya hanya mendengar. Hafiz juga terlibat sekali dalam perbincangan tersebut. Sesekali tersenyum memandang Alisya. Alisya terpaksa mengakui hatinya berdebar dengan senyuman itu. Senyuman yang manis seperti senyuman Amer. Mungkin kah dia telah jatuh cinta lagi?
Persetujuan telah dicapai. Alisya dan Hafiz akan disatukan enam bulan lagi. Sepakat untuk bertunang dan berkahwin pada hari yang sama. Tak elok bertunang lama-lama. Itu alasan orang tua mereka. Alisya dan Hafiz hanya menurut kehendak mereka.
"Alisya, lama tak jumpa. Awak semakin cantik." Ujar Hafiz tatkala mereka diberi peluang bersembang oleh orang tua mereka.
"Terima kasih." Ucap Alisya. Tidak berani menatap wajah lelaki itu.
"Hmm, Alisya.. Awak betul ke ikhlas nak kawen dengan saya? If u already have someone special, just tell me. I will discuss it with my parents. Saya tak nak memusnahkan cinta awak.."
"Its ok Hafiz. Saya yang bersetuju untuk kawen dengan awak. Saya ikhlas.."
"Alhamdulillah. Memang awak satu-satunya wanita yang saya tunggu. Dari dulu. Walau dah lame kita tak jumpa. Saya suka awak dari dulu Alisya."
Terkedu Alisya mendengarnya. Tidak pernah menyangka Hafiz mencintainya.
============================================
Masa yang suntuk digunakan sepenuhnya oleh Alisya dan Hafiz untuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka. Hubungan yang semakin erat. Hati Alisya semakin ikhlas menerima. Tetapi wajah Amer masih juga hadir kadang kala. Tidak mampu ditepis.
Cincin sudah dibeli. Baju serta pelamin sudah dipilih. Kad jemputan telah dicetak.
Alisya memegang sekeping kad jemputan. Kad ini akan diberikan kepada lelaki pertama yang dicintainya. Gusar. Tidak tahu bagaimana untuk menghadapi lelaki itu. Mampukah dia? Kad itu dipegang. Lantas teringat pada sebentuk cincin yang telah disimpan rapi di dalam laci. Ditatap cincin itu.
"Ya Allah..jika dia bukan milikku.. Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.." Pantas Alisya menyimpan kembali cincin itu. Tidak mahu mengenang kembali kisah cintanya.
Salam.. Amer sihat? Boleh tak Alisya nak jumpa esok? Pukul 2pm, kat tempat biasa.
Sms dihantar kepada lelaki skema bermata empat.
Wassalam.. Sihat alhamdulillah. Boleh, insyaallah. Ok.
Jawapan ringkas dari lelaki skema bermata empat.
"Ya Allah, jika dia bukan milikku.. Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.." Doa Amer. Sama seperti doa Alisya. Manakan tidak. Lagu Permata Yang Dicari nyanyian kumpulan nasyid De Hearty itu merupakan lagu tema cinta mereka.
====================================================
Lokasi: Secret Recipe, Queensbay
"Assalamualaikum.."
"Waalaikummussalam.." Pandangan Alisya dan Amer bertembung. Cepat-cepat dialih pandangan.
"Amer, this is Hafiz, my future husband. Abang, this is Amer.." Ucap Alisya lembut.
Amer dan Hafiz bersalaman.
Sebelum mereka berpisah, sempat Amer berpesan kepada Hafiz supaya menjaga Alisya sebaik mungkin. Melihat Alisya bahagia sudah cukup buat Amer.
"Mencintai tak semestinya memiliki.." Amer menyedapkan hati.
=========================================================
Lokasi: Katil bujang Amer
Kad jemputan perkahwinan Alisya dan Hafiz direnung oleh Amer. Hatinya keliru. Patutkah dia menghadiri majlis tersebut? Kuatkah hatinya melihat insan yang dicintai di atas pelamin bersama insan lain? Tetapi dia telah berjanji dengan Alisya untuk datang.
"Tahniah Alisya. Kau beruntung Hafiz. Dapat memiliki seorang insan yang tulus seperti Alisya.." Amer tertidur bersama lamunannya.
=========================================================
Lokasi: Rumah Encik Zamarul dan Puan Mahani
Hari bahagia Alisya dan Hafiz tiba jua. Lelaki skema bermata empat mengotakan janjinya. Amer muncul di rumah Alisya disambut mesra oleh Encik Zamarul.
Alisya keluar dari bilik setelah diberitahu oleh mamanya tentang kehadiran lelaki skema bermata empat. Sekadar mengalukan kehadiran seorang teman.
Terpaku lelaki skema bermata empat tatkala melihat seorang wanita persis seorang puteri berjalan menuruni anak tangga. Sangat cantik. Hatinya hiba. Terbayang alangkah bahagianya jika puteri itu menjadi miliknya.
"Alisya, awak sangat cantik hari ni. Macam puteri." Ucap lelaki skema bermata empat tenang bersama senyuman.
"Thanks." Alisya tersenyum menerima pujian.
"So, pukul berape acara akan dimulakan?"
"Kejap lagi. Hafiz dah on the way. Maybe kejap lagi sampai la tu. Amer duduk dulu ye. Buat macam rumah sendiri.." Ucap Alisya lembut.
Lelaki skema bermata empat memandang sekeliling. Pelamin tersergam indah. Warna purple. Warna kegemaran Alisya.
Inginku gapai bulan dan ku petik bintang..
Inginku berikan semua hanya untukmu..
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada mu
Handphone Alisya berbunyi. Alisya tersenyum gembira.
"Salam abang. Abang kat mane ni? Kenapa tak sampai lagi?" Ujar Alisya gembira.
"Ape? Tak.. Tak mungkin!!"
Amer terkejut dengan teriakan Alisya. Tak semena-mena, tubuh Alisya terkulai layu. Nasib baik sempat disambut Amer.
"Alisya, are u ok? Kenape ni?" Tiada jawapan dari Alisya. Tubuhnya lemah. Hanya air mata berguguran.
Encik Zamarul yang bergegas ke sisi Alisya mencapai handphone Alisya yang sudah jatuh ke lantai.
"Salam.."
"Wassalam. Zamarul, Hafiz kemalangan. Aku kat Hospital besar sekarang. Hafiz kat ICU." Suara Encik Mahadi tersekat-sekat.
Barulah Encik Zamarul mengetahui kenapa Alisya rebah. Segera bergegas ke hospital. Masing-masing berdoa agar Hafiz selamat.
**end of part 2**bersambung**
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
adakah Hafiz akan selamat?
adakah jodoh Alisya masih bersama Amer?
tunggguuuuuuuuuuuuuu............... ^_^
:: Contest Dia Calon Suamiku ::
a. Amer Hakimi meluahkan perasaan cinta kepada Alisya dan mereka bahagia selepas itu.
2 orang telah memilih ending ini
b. Amer Hakimi meluahkan perasaan cinta kepada Alisya tetapi telah terlambat.
tiada org memilih ending ini.
c. Amer Hakimi menganggap Alisya sebagai kawan sahaja dan akhirnya mereka menjadi kawan baik seperti sedia kala.
2 orang memilih ending ini
d. Amer Hakimi tidak sempat meluahkan perasaannya. Alisya meninggal tanpa jawapan pasti **sedeynyer**
1 orang memilih ending ini
e. Hanyalah lawak bodo dari Yana yang ingin menolong Alisya & Amer supaya meluahkan perasaan masing-masing.
3 orang memilih ending ini
Ok.. ini adalah beberapa alasan yang diberi:
1. akak pilih a. sbb dah lama pendam kan.. tapi sebelum tu.. biar ler alisya koma selama 3 bln ke.. tapi hakimi tetap menanti disisi alisya... ketika alisya buka mata.. dia lihat hakimi tertidur disisi katil nya.. tahniah dik.. ;) - from yantz
~~suka pendapat akak..sweet sangat ni :D
2. tak tau nape aku nak pilih c.. hehe.. well,sebab in real life not all end with happiness,still we must face it, move forward, that is real life.. that is real love. it wont always be what we want for, but we still can keep searching for it, believing in it.for me that the beauty of it. hahaha... buek :P confirm tak menang shawls gagaga :P - from cik nerra
~~ hehe..yang ni pun bernas dari seorang penulis novel tegar. mmg otak novel la ko ek :P
3. rasa mcm nk pilih 'e' -sbb- slalu novel2 cintun mcm tu la.. kwn tlg ejas.. tipu konon eksiden la, pindah la, mcm2.. :P tp aku suka sgt ngn 'a' lepas baca sampai habis sambil layan lagu2 yg ko letak skali -sbb- standard drama2 melayu kt tv.. aahahaha.. :D 'b' dan 'd' -abaikan!! sedeh....... lain la kalau ko rasa mcm nk sambung jd cinta antara yana and amer.. ohohoho.. ahaks.. :P 'c' -hmmmm.. cinta boleh berputik di masa depan maa.. aiyork.. next chapter!!!! LOL XD **kesimpulannya** AKU PILIH SEMUA..!!!! hihihih... (^_^)♥ - from cik alien
~~ pendapat ni ok tapi xde pendirian la ko alien. so tak dapat hadiah. lain kali sila berpendirian teguh :P
-------------------------------------------------------------------
Jadi dengan ini, saya telah memilih untuk memberikan hadiah berupa sehelai shawl setiap sorang tajaan Kami Tuan Boutique kepada 2 orang bertuah iaitu:
1. Kak Yantz
2. Cik Nerra
Ha, suke tak suke tak???
Sila bagi nama, alamat dan no phone kepada saya di emel - hifaz_phat@yahoo.com untuk tuntutan hadiah. Terima kaseh ^_^
--------------------------------------------------------------------------
Announcement:
Saya minta maaf sekiranya ending citer ini tidak seperti pilihan2 di atas. Hahaha.Tunggu....... ^_~
Wednesday, October 20, 2010
:: Dia Calon Suamiku :: + Contest!!
Lokasi: Blok C, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
"Alamak, dah lambat!!"
Gadis yang bertubuh kurus, berbaju kurung kerana terpaksa, dan sedikit kalut itu semakin cemas memasukkan buku-buku yang berkaitan ke dalam beg galas Tropicana Life nya.Jam Bum Equipment di lengan halus Alisya Maisara menunjukkan pukul 9.10am. Sudah 10 minit lambat untuk ke kelas. Oh My Gucci!!
Semakin laju larian Alisya, seolah-olah peserta sukan Komanwel lagaknya..Manakan tidak, terbayang wajah manis tetapi bila-bila masa boleh bertukar menjadi jelmaan Godzilla milik Puan Yanti.
"Oh, sorry sorry!! Beri laluan please!!"
Ungkapan slumber dari seorang gadis yang sedikit tomboy & slumber apabila terlanggar pelajar-pelajar yang berderet untuk ke kelas.
"Bismillahirrahmanirrahim.." Ditolak pintu dewan kuliah setangkas mungkin sambil membaca Bismillah dan berdoa agar tidak dibaham jelmaan Godzilla.
"Aduih!"Kedengaran suara kesakitan dari dalam. Alisya memandang dengan pandangan kalut."Ya Allah, ape aku dah buat?"getus hatinya.
Menjelma seorang lelaki berpakaian skema bermata empat. Bukan cacat mempunyai 4 biji mata tetapi memakai cermin mata, sambil memegang hidungnya.
"Dia calon suamiku"Entah mengapa terdetik ungkapan itu di benak fikiran Alisya. Jatuh cinta pandang pertama.Keliru dengan diri sendiri tetapi digagahkan jua untuk bertanyakan keadaan lelaki tersebut.
"Im ok.. Xpe.."Jawapan ringkas dari seorang student yang skema.
"Really sorry.. Maaf sangat2.."Ucap Alisya sambil matanya menjeling kepada kawan-kawannya yang sedang mentertawakannya.
Selesai kelas, Alisya bergegas ke kamar. Borak-borak kosong bersama roomates tetapi semua merapu. Kerna di fikirannya masih lagi buntu dengan getusan hatinya. "Dia calon suami ku", getusan hati itu masih bermain di fikirannya. Terbayang lelaki skema bermata empat itu. Lalu laju saja jari jemarinya menconteng kertas di atas mejanya.
Wahai hati, Sukarnya untuk dimengerti..
Wahai hati,Apakah perasaan ini?
Wahai hati,Dapatkah kau aku selami?
Puisi jiwang berkarat itu akhirnya disimpan di dalam laci.
"Ape benda aku duk merapu ni? Dah, lupakan. Pergi mandi skang!"Masih menipu diri. Tak nak mengaku jiwang kononnya. Padahal dah berkarat pun jiwangnyer itu.
Kehidupan di teruskan seperti biasa. Hati yang berdebar setiap kali berjumpa dengan jejaka skema dipendam saja. Tapi seperti biasa, aktiviti meng'usha' tetap dilakukan jua.Alisya suka melihat jejaka itu. Walau kerap memarahi diri sendiri kerana degupan pantas hatinya tatkala bertembung dengan jejaka skema. Tapi meng'usha' dalam diam.Alisya tau hatinya suka pada lelaki itu. Tapi dia takkan berani meluahkan segala. Bertegur sapa pun tidak, masakan meluahkan perasaan bisa dilakukannya.
Aku suka jejaka skema itu..
Skema tapi jalan ganas je..
Makan pandang nasi je, oh menundukkan pandangan mungkin..
Pakai songkok, suke tengok lelaki pakai songkok.
- Monolog Alisya yang suka melayan perasaan sengsorang.
Hati yang dipendam dan tidak diluahkan.Hanya mekar di dalam ingatan.
Oh lelaki idaman..
Memang kamu tak ada yang lain..
Semua gambaran idola..
Semuanya ada padamu..
::muzik dimainkan::
Ye, seperti lagu Melly Goeslow yang sentiasa menjadi siulan Alisya. Lelaki idaman. Itulah jejaka skema bermata empat.
10 bulan berlalu.
Tamat jua kehidupan kolej matrikulasi.Bererti 10 bulan Alisya memendam rasa.Rasa yang tak terluah.Perpisahan antara Alisya dan jejaka skema akhirnya berlaku jua.
Tanpa ada ucapan perpisahan.......
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi : Asrama, Universiti Sains Malaysia
"Kat mana agaknya jejaka skema skang ye? UKM? UPM? UTM?"Jejaka skema yang tidak pernah luput dari ingatan.Masih tidak berjaya melupakan jejaka tersebut.Walau langsung tiada berita. Missing in action.
"Dia calon suamiku" jua masih bermain di ingatan.Setiap kali getusan hati itu muncul di benak, Alisya cepat-cepat melupakannya.Jejaka skema yang MIA itu telah Pun Alisya jadikan sebagai pembakar semangat. Itulah Alisya.Tidak mahu kalah kepada orang yang dia suka. Dalam masa yang sama, berharap orang yang dia suka juga tidak kalah kepadanya. Masih berdoa agar dapat informasi berkenaan jejaka skema. Walau hanya mengetahui di mana jejaka skema belajar pun sudah memadai.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi : Luar Dewan Tuanku Syed Putra, USM Penang
"Congratz Alisya. Akhirnyer kite grad. Oh happy giler kot"
"Itu ler pasal. Sangat happy dowh. Sape yang tak happy dapat konvo means kna basuh otak la kot!"
Ekspresi seronok Alisya dan Yana, member sekepala suka dan duka.
Tiga tahun telah berlalu. Alisya masih berharap Allah akan memakbulkan doa nya. Bukan untuk berjumpa dengan jejaka skema tetapi cukuplah hanya mengetahui perkembangan semasa saja. Itu sudah cukup baginya. Usai solat, Alisya memohon kepada Ilahi agar memakbulkan permintaannya.
Ya Allah..
Jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi : Ruang tamu rumah sewa Alisya, Penang
Teknologi yang semakin canggih. Semuanya di hujung jari. Menambah kenalan hanya dengan 1 klik sahaja. Alisya juga tidak terkecuali. Melayan Facebook adalah hobi. Blogging juga. Rasa hanya diluah pada blog. Walhal blog itu bukan boleh memberikan nasihat. Dunia semakin plik.
"Muhammad Amir Hakimi"
Jari jemari halus Alisya pantas menaip nama itu pada website Google. Tiba-tiba. Tanpa dipinta. Tanpa dirancang.
Matanya terpaku pada skrin Lappy kesayangan. Jari pantas meng'klik' pada carian Google. Keluarlah profile Facebook. Mata bulat Alisya bertambah besar jadinya. Tanpa disangka, tanpa diduga. Tindakan refleks nyer menyemukan dia kepada insan yang selama ini dicari. Jejaka skema bermata empat.
Tanpa dipinta, jarinya menekan butang 'Add as friend'. Alisya menjerit sekuat-kuatnya, tapi cuma di dalam hati. Masih mampu mengawal perasaan. Masih mampu mengawal tingkah laku.
Menunggu approval dari jejaka skema bermata empat, lelaki idaman sewaktu matrikulasi. Profile yang 'private' menyebabkan Alisya menahan sabar untuk menyiasat lelaki idamannya suatu ketika dulu. Atau mungkin sampai sekarang.
'Muhammad Amir Hakimi has accepted your friend request'.
"Wow, great!"
Tanpa berlengah, Alisya membaca setiap apa yang ditulis di profile lelaki idamannya itu.
"Oh, UM rupenyer. Semua tekaan aku salah. Wakaka. Kau memang bukan tukang tilik Alisya!"
Masih dengan perangai semulajadi - bermonolog seorang diri. Penyakit yang masih tiada ubat. Semakin parah.
Dengan sedikit keberanian, Alisya memulakan salam perkenalan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Semakin hari semakin sayang. Eh tidak. Belum sampai ke tahap itu. Semakin hari semakin mesra. Itu lebih tepat. Jejaka skema juga berada di Penang, mencari sesuap nasi. Membina kerjaya. Seperti Alisya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi : Bilik tidur Alisya.
Hubungan di alam maya. Seperti biasa, ber'chatting' dengan Amer, jejaka skema bermata empat.
Amer_Hakimi: Awak, saya nak minta tolong. Boleh tak?
Alisya_Aleesh: Yup. Naper? Insyaallah kalau mampu.
Amer_Hakimi: Saya baru lagi kat Penang ni. Jadi tak biasa. Boleh tak awak temankan saya. Nak cari barang.
'Alisya_Aleesh is typing'
2 minit berlalu. Tiada perkataan yang tertera di skrin Yahoo Messenger.
'Alisya_Aleesh is typing'
Belum jua muncul apa-apa perkataan di skrin. Mana tak nya. Alisya menaip kemudian ditekannya 'backspace' bertubi-tubi. Buntu. Haruskah dia setuju? Tapi dapatkah dia berdepan dengan lelaki idaman nya suatu ketika dulu? Dapatkah dikawal degupan jantungnya? Haruslah dia menolak? Tapi terasa rugi pula. Melepaskan peluang sekali lagi. Fikirannya berkecamuk.
'Alisya_Aleesh is typing'
Alisya_Aleesh: Hmmmmm...ok la. Bile?
Amir_Hakimi: Sabtu ni. Boleh? Pukul 11 jumpa kat Queensbay Mall.
Alisya_Aleesh: Ok, set!
"Eh jumpe kt Queensbay? Tau ke mamat tu nak ke Queensbay cmner? Cakap tak biasa. Kalau dah tau nak ke Queensbay cmner, watpe mintak aku teman plak? Ah, lantakla. Malas fikir." Satu lagi perangai Alisya. Malas berfikir. Tapi hatinya melonjak keriangan. Tidak dapat disembunyikan. Senyum sampai ke telinga. Yana, kawan baik ketika belajar yang sekarang masih menjadi roomatenya di rumah sewa ini memandang penuh kemusykilan. "Betul ke tak member aku ni?" getus hati kecilnya. Tetapi dibiarkan saja kawannya itu senyum seorang diri. Asalkan bahagia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi : Queensbay, Penang.
Melangkah dengan hati yang tak keruan. Berdebar-debar. Kupu-kupu di dalam perut. Atau bahasa omputehnya butterflies in stomach.
Sebaik tiba di pintu depan Queensbay, terpandang seorang lelaki berkemeja biru berkotak, berseluar slack dan berkaca mata. Tak lain tak bukan, jejaka skema bermata empat.
"Dia calon suamiku" teringat semula getusan hati suatu ketika dulu.
"Bismillahirrahmanirrahim" seperti biasa. Sudah menjadi amalan Alisya. Dimulakan dengan Bismillah - sudah menjadi amalan Alisya sebelum memulakan sesuatu.
"Assalamualaikum. Dah lama ke sampai? Naper tak masuk dulu?"
Alisya menegur dengan sedikit keberanian yang ada.
"Dah lama. Dah banyak kali ke toilet ni."Jawapan yang terlalu jujur dari seorang jejaka skema.
Langkah dimulakan.Berdua dengan lelaki idaman.Hati yang gugup disembunyikan dengan senyuman yang manis. Pelbagai perkara dibicarakan.Terasa seperti sudah lama mengenali.
Masa memang selalu cemburu. Akhirnya terpaksa berpisah jua.Membawa haluan masing-masing.
Tamatlah hari yang bermakna.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masa terus berlalu. Alisya dan jejaka skema bermata empat masih bersahabat. Tetapi lebih banyak di alam maya. Alisya tidak tahu hati jejaka skema. Hanya mengikut rentak. Mengikut masa yang bergerak. Perasaan yang terus dipendam. Mengharapkan keajaiban mungkin. Bermain teka teki yang tiada jawapan pasti. Keliru dengan perasaan sendiri. Terus membiarkan masa berlalu. Menjalani kehidupan seperti biasa.
Hati yang sepi..
Tetapi tidak dapat memberi..
Masih menanti..
Satu jawapan yang pasti..
Masih dengan jiwang berkarat yang selalu di tepis. Menipu diri. Ego yang tinggi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi: Atas katil menghadap lappy
Alisya kusyuk ber'blog walking'. Aktiviti masa lapang yang sangat disukai bagi insan yang suka hidup di alam maya.
'Luahkan sebelum terlambat. Jangan takut'. Tajuk 'entry' pada blog seorang insan. Entry yang memberi kesan kepada hati Alisya.
Tidak semena-mena jari Alisya pantas menaip sesuatu.
Luahan perasaan. Ye, Alisya meluahkan segalanya. Tapi masih berlapik. Ayat yang tersirat. Menjaga tatasusila sebagai gadis Timur yang mempunyai sifat malu yang tebal.
'Message sent'. Terpapar pada skrin lappy. Bermakna Alisya harus bersedia dengan sebarang kemungkinan. Bersedia untuk di'dumped'.
'1 message arrive'.
"Bismillahirrahmanirrahim" seperti biase.
Alisya membaca kandungan mesej dengan tenang. Kandungan mesej yang menenangkan jiwa.
::muzik dimainkan::
"Kita kawan dulu ye?"
Antara kandungan mesej yang diterima. Alisya menerima dengan hati terbuka. Semakin mengagumi jejaka skema berbicara secara elok.
Persahabatan diteruskan seperti biasa. Gurauan, pendapat diterima seadanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi: Ruang tamu rumah sewa Amir Hakimi
You, you make me smile,
You make me laugh,
You shared all your life,
Shared it oh all your soul,
Never let me down,
Never leave me alone,
Stranger in the night….
With no moon, no star….
Terdengar ringtone iPhone jejaka skema berbunyi.
"Amer, Yana ni. Kawan Alisya. Alisya accident. Skang kat Hospital Pulau Pinang."
Berderau darah Amer mendengar kata-kata Yana. Segala egonya runtuh. Kelakiannya tercabar. Air mata mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Lantas kunci Proton Satria Neo hitamnya dicapai. Wajah Alisya terbayang di mata.
Amir Hakimi menghidupkan keretanya........
--------------------------------------------------------------------------
Cubaan pertama. Tanpa ending. Nak jadikan as contest.
Apa yang korang perlu buat:
1. Jadi follower blog ni.
2. Pilih ending (seperti list di bawah) yang korang rase terbaik beserta sebab korang pilih ending tersebut. Tulis kt comment ye.
tulis mcm ni :
(-nama-, -link blog jika ada-, -emel utk contact-, -pilihan ending-, -sebab bagi pilihan tersebut-
Hope korang boleh pilih ending untuk cerpen ini ^_^
a. Amer Hakimi meluahkan perasaan cinta kepada Alisya dan mereka bahagia selepas itu.
b. Amer Hakimi meluahkan perasaan cinta kepada Alisya tetapi telah terlambat.
c. Amer Hakimi menganggap Alisya sebagai kawan sahaja dan akhirnya mereka menjadi kawan baik seperti sedia kala.
d. Amer Hakimi tidak sempat meluahkan perasaannya. Alisya meninggal tanpa jawapan pasti **sedeynyer**
e. Hanyalah lawak bodo dari Yana yang ingin menolong Alisya & Amer supaya meluahkan perasaan masing-masing.
3. Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang betul (pilihan ending terbanyak yg dipilih oleh readers).
4. Hadiah berupa sehelai shawl (mungkin juga beserta inner syria) tajaan Kami Tuan Boutique.
Apa lagi? Join now ^_^
Tarikh penyertaan : 21/10/2010 - 24/10/10 sahaja.. cepat2!!
Pemenang akan diumum selewat2nya 26/10/10.