Saturday, November 6, 2010

:: Dia Calon Suamiku Part 3 ::

Lokasi: Hospital Besar Pulau Pinang

Seorang doktor bersama beberapa orang jururawat keluar dari bilik ICU.

"Kami telah mencuba sedaya upaya. Tetapi ternyata Allah lebih menyayangi. Kami minta maaf. Harap semua dapat menerima takdir Ilahi."

Seperti halilintar. Sejurus itu Alisya terkulai. Pengsan. Terpaksa dipapah ke bilik rawatan.

Semasa perjalanan menuju ke rumah Alisya, Hafiz tiba-tiba meminta sepupunya, Mazlan yang memandu kereta berhenti di tepi jalan. Hendak membeli bunga katanya. Mazlan terpaksa menurut. Kedai bunga tersebut berada di seberang jalan. Menyebabkan Hafiz terpaksa melintas. Mazlan dapat melihat Hafiz keluar dari kedai dengan sejambak mawar merah. Mazlan hanya tersenyum melihat gelagat sepupunya. Romantik betul. Entah bagaimana tiba-tiba terdengar dentuman yang kuat. Hafiz dirempuh sebuah kereta!! Mawar merah bertaburan di atas jalan.
Begitulah cerita Mazlan. Tiada seorang pun dapat berkata-kata. Hanya air mata gugur mendengar cerita duka tersebut.

Majlis pernikahan bertukar kepada majlis tahlil. Alisya masih trauma. Terlalu sukar menerima pemergian Hafiz. Air mata yang ditahan gugur jua. Tapi cepat-cepat dikesat. Tidak elok menangisi kematian. Alisya tahu itu. Puan Mahani setia di sisi menenangkan anak kesayangannya.


===================================================

Setahun telah berlalu semenjak pemergian Hafiz. Lelaki skema bermata empat sudah bertukar tempat kerja. Mencari rezeki nun jauh di Sarawak sana. Bekerja di sebuah syarikat minyak.

"Amer, saya sukakan awak. Saya sukakan awak sejak pertama kali saya terpandang wajah awak. Hari pertama awak masuk kerja di sini."

Terkedu lelaki skema bermata empat mendengar pengakuan dari gadis paling cantik dan ramai peminat di syarikatnya itu. Gadis sopan bernama Farah Syazlina. Sungguh tidak disangka. Tidak dinafikan Amer juga terpegun melihat keanggunan Farah Syazlina ketika pertama kali bertentang mata dengannya.

"Farah, terima kasih. Tak sangka ada orang menyukai saya. Awak memang gadis yang cantik dan baik. Tapi saya minta maaf, sejujurnya saya dah ada pilihan hati saya. Wanita yang sentiasa ada di dalam hati saya. Hati saya hanya untuknya. Saya minta maaf. Awak perempuan yang baik, Farah. Saya yakin awak akan berjumpa dengan jodoh awak, dengan insan yang lebih baik dari saya.."

Lelaki skema bermata empat menuturkan kata-kata dengan tenang dan berhati-hati. Tidak mahu melukakan hati seorang perempuan. Lelaki skema bermata empat sangat memahami hati seorang wanita. Lembut dan sensitif.

"Takpe Amer, saya faham. Saya doakan awak bahagia dengan pilihan hati awak. Mesti dia seorang yang cantik kan? Hmm, jangan lupa jemput saya ya bila awak nak kahwin nanti.."

Tutur Farah Syazlina sambil tersenyum. Senyuman yang terkandung kekecewaan dan kehampaan. Hampa cintanya tidak berbalas. Tetapi hakikat itu harus diterima walaupun perit.

Cinta lelaki skema bermata empat hanyalah untuk Alisya Maisara. Mereka masih menjadi kawan baik walaupun dipisahkan oleh Laut China Selatan. Melepaskan rindu menerusi dunia maya.

'Alisya.. Saya dah balik Penang. Cuti seminggu. Saya nak datang rumah awak esok. Boleh?'

Sms daripada lelaki skema bermata empat.

'Boleh. Datang la. Nanti Alisya bagitau papa dan mama. :) '

Alisya membalas sms Amer. Ditambah smiley di hujung ayat. Sweet. Manis seperti senyumannya.

==================================================

Lokasi: Ruang tamu rumah Encik Zamarul dan Puan Mahani

"Assalamualaikum.."

Alisya membuka pintu. Terkejut melihat tetamu yang datang. Lelaki skema bermata empat bersama ahli keluarga. Segera Alisya menyalami tetamu-tetamu wanita yang ada. Sedikit gusar. Tidak disangka Amer membawa keluarga bersama. Encik Zamarul dan Puan Mahani menyambut tetamu dengan mesra.

Alisya segera ke dapur menuruti mamanya. Tetapi diintainya apa yang berlaku di luar. Berdebar. Resah. Gelisah.

"Tujuan kami ke mari membawa hajat yang besar. Kami ingin memetik bunga mekar di taman Tuan. Itu pun kalau Tuan setuju." Ringkas dan padat kata-kata Encik Hamdan, ayah lelaki skema bermata empat.

Encik Zamarul terus sahaja bersetuju. Tanpa meminta pendapat Alisya. Kerna beliau amat memahami hati anaknya. Encik Zamarul mengerti hati Alisya masih menyukai Amer. Beliau juga begitu.

Kata sepakat telah dibuat. Alisya dan lelaki skema bermata empat akan dinikahkan tiga bulan lagi. Berbunga hati Alisya dan Amer. Mekar mewangi. Sewangi bunga di taman.

Cincin merisik tersemat indah di jari manis Alisya. Dipakaikan oleh Puan Zubaidah, bakal ibu mertua Alisya. Cincin pusaka Puan Zubaidah. Sekian lama merancang untuk memberikan cincin tersebut kepada gadis pilihan anak tunggal lelakinya, Amer. Dan Alisya adalah insan yang terpilih itu. Berseri-seri wajah Alisya ketika dicium bakal ibu mertuanya.

====================================================

Lokasi: Queensbay, Penang

Alisya dan lelaki skema bermata empat berjalan beriringan. Membuat persiapan perkahwinan. Penat memilih cincin perkahwinan. Semua kelihatan cantik. Nafsu semata.

"Eh, Amer! Buat apa kat sini?"

Lelaki skema bermata empat terkejut dengan sapaan itu. Tidak disangka bertemu dengan Farah Syazlina.

"Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu. Farah buat apa kat Penang?"

Soal lelaki skema bermata empat tanpa menjawab soalan Farah Syazlina.

"Saya dari majlis perkahwinan sepupu saya. Singgah sini kejap jalan-jalan sebelum pulang."

"Oh ye, kenalkan. Ini tunang saya, Alisya Maisara. Alisya, ini Farah Syazlina, officemate abang."

Alisya menghulurkan salam perkenalan kepada Farah Syazlina. Cantik. Bisik hati Alisya.

Lelaki skema bermata empat, Alisya Maisara dan Farah Syazlina meneruskan perbualan di dalam The Chicken Rice Shop. Rancak sekali mereka berborak. Terutama Alisya dan Farah. Mesra umpama sudah bertahun kenal. Lelaki skema bermata empat meminta diri untuk ke washroom.

"Alisya, awak sangat beruntung. Amer seorang yang sangat baik. Amer betul-betul cintakan awak. Saya doakan awak berdua bahagia dan dirahmati Allah selalu. Awak berdua memang secocok. Sama cantik sama padan."

Lembut sekali pertuturan Farah Syazlina. Alisya dapat merasakan Farah Syazlina menyukai Amer. Hatinya merasakan begitu.

"Terima kasih Farah. Nanti jangan lupa datang ke majlis kami ya."

Mereka berpisah membawa haluan masing-masing. Farah Syazlina memandang pasangan merpati dua sejoli sambil tersenyum. Farah Syazlina mengerti mengapa Amer Hakimi memilih Alisya Maisara.

============================================================

Lokasi: Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Photoshoot prewedding. Atas permintaan Alisya. Sudah lama Alisya mengimpikan photoshoot prewedding. Seperti yang dilakukan oleh pasangan angkasawan negara, Dato' Dr Sheikh Muzaffar dan pasangannya. Teruja dengan gambar prewedding pasangan tersebut.

KMPP dipilih kerana di sinilah kisah cinta ini bermula. Mengimbau kenangan silam. Begitu indah kenangan ini. Lelaki skema bermata empat dan Alisya tidak kekok memberikan gaya seperti diminta jurugambar. Bukan orang lain pun. Haziq, teman Amer sewaktu di universiti dahulu dipilih menjadi photographer mereka. Senang berurusan dengan kawan sendiri.

Memutar kembali kenangan silam menerusi foto. Bermula dari kejadian tertolak pintu. Kadang kala tergelak sendiri mengingati apa yang terjadi. Sesungguhnya kenangan itu indah....


========================================================

Lokasi: Rumah Alisya Maisara

Hari yang dinanti tiba juga. Berdebar-debar jantung Alisya. Masih keliru. Adakah ini realiti atau sekadar mimpi? Atau sebuah fantasi yang bermain di naluri hati? Masih tidak percaya akan berkahwin dengan insan yang sangat dicintainya. Cinta pertamanya. Cinta pandang pertamanya.

Pelamin tersergam indah. Berwarna ungu, warna kesukaan Alisya. Encik Zamarul dan Puan Mahani begitu sibuk melayan tetamu yang hadir. Kelihatan ibu dan bapa arwah Hafiz turut sama hadir memeriahkan majlis. Majlis persandingan akan berlangsung setelah selesai majlis akad nikah.

Alisya masih di bilik. Tengah bersiap-siap untuk menjadi raja sehari. Kepalanya terasa sakit. Entah kenapa, dia pun tidak tahu. Dua, tiga hari kebelakangan ini kepalanya sering terasa sakit. Mungkin nervous, hingga membawa kepada migrain, fikirnya. . Tanpa memberitahu sesiapa kerana tidak mahu mengganggu persiapan majlis.

"Alisya, ko ok ke? Muka ko nampak pucat la."

Yana, kawan baik Alisya bertanya. Kawan baik yang selalu akan perasan jika terdapat sebarang perubahan pada diri Alisya. Memang Alisya tidak akan mampu membohongi Yana.

"Kepala aku ni, terasa pening dan sakit. Nervous kot." - Alisya.

"Tak pe, ko rileks je. Ni kan hari bahagia ko. Insyaallah everything will be ok. Selawat banyak-banyak ok."

Yana mententeramkan Alisya. Alisya tersenyum. Bersyukur mendapat seorang sahabat baik seperti itu. Kurniaan tak ternilai dari Ilahi.

"Alisya, pengantin lelaki dah sampai. Alisya kena turun ke bawah sekarang."

Puan Mahani memanggil Alisya. Alisya hanya menganggukkan kepala. Berpimpingan tangan dengan Yana menuju ke ruang bawah. Majlis akad nikah bakal berlangsung.

Alisya menuruni tangga dengan sopan. Berbaju kurung moden kontemporari berwarna putih, warna suci murni sesuai untuk majlis akad nikah. Alisya kelihatan begitu sopan dan anggun, persis seorang puteri. Semua mata tertumpu kepadanya. Alisya tersenyum manis kepada semua tetamu.

Kepala Alisya terasa sedikit pening. Pandangannya juga terasa semakin kabur. Entah mengapa. Usai tiba di anak tangga terakhir, Alisya terasa pandangannya semakin kabur. Tiba-tiba Alisya rebah! Nasib baik Yana ada di sisi. Suasana bertukar menjadi hingar. Alisya dibawa ke hospital.

===============================================

Lokasi: Hospital Besar Pulau Pinang

Keluarga Alisya dan keluarga Amer setia menanti di luar bilik ICU. Menunggu keterangan daripada doktor. Sudah sejam Alisya di dalam bilik ICU. Kenapa lama sangat, seriuskah Alisya? Itulah yang bermain di fikiran masing-masing. Lelaki skema bermata empat mundar-mandir. Berdiri salah, duduk pun salah. Hatinya runsing sekali.

"Bertenang Amer. Doa banyak-banyak. Insyaallah Alisya ok." Encik Zamarul menenangkan lelaki skema bermata empat.

Tidak lama kemudian, seorang doktor berusia 40-an keluar dari bilik ICU.

"Siapa keluarga pesakit?" soal doktor tersebut.

"Saya ayahnya. Macam mana keadaan anak saya doktor?" soal Encik Zamarul resah.

"Saya harap semua bertenang. Hasil pemeriksaan awal mendapati ada ketulan di otak pesakit. Kami akan membuat pemeriksaan lanjut. Jadi kami terpaksa menahan pesakit di wad. Oh ye, adakah pesakit pernah mengalami kemalangan atau terjatuh dengan kuat?" tenang saja penerangan dari doktor.

"Anak saya pernah kemalangan dua tahun lepas."

Encik Zamarul hanya menganggukkan kepala sambil menjawab lemah. Penerangan doktor sudah cukup menghiris perasaannya. Menghiris hati seorang bapa.

Lelaki skema bermata empat terduduk mendengar kata-kata doktor tersebut. Mahu saja dia meraung di situ. Hatinya hanya berdoa agar Alisya selamat.

"Ya Allah.. Engkau berikanlah kesejahteraan serta kesihatan buat permaisuri hatiku, Alisya Maisara. Jauhkannya dari kesakitan dan kesengsaraan Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha besar lagi maha penyayang. Amin.."

Begitulah doa lelaki skema bermata empat usai selesai menunaikan solat Zohor.

Lelaki skema bermata empat meminta izin daripada Encik Zamarul untuk menjaga Alisya. Menunggu Alisya sedar. Encik Zamarul memberi keizinan. Percaya kepada lelaki skema bermata empat yang bakal menjadi pemimpin kepada puteri kesayangannya.

Alisya membuka mata perlahan-lahan. Masih lemah. Dipandangnya wajah lelaki pujaannya. Hatinya sayu. Airmata Alisya gugur.

"Alisya, are you ok?"

Lelaki skema bermata empat bertanyakan keadaan Alisya.

Alisya hanya mengangguk. Beserta air mata bercucuran.

"Abang, Alisya minta maaf. Kalau Alisya tak pengsan tadi mesti kita dah jadi suami isteri. Alisya minta maaf sebab dah mengganggu majlis kita." Ujar Alisya lemah.

"Alisya, tak baik cakap macam tu. Semua ni takdir sayang. Ujian untuk kita. Majlis tu kita boleh teruskan nanti. Yang penting sekarang, Alisya sihat ok. Oh ye, ni untuk Alisya. Suka tak?"

Sejambak mawar merah dihulur oleh lelaki skema bermata empat buat Alisya. Sempat membeli bunga di perkarangan hospital. Alisya tersenyum. Mawar merah kesukaannya. Cinta Alisya kepada Amer bertambah mekar. Semekar bunga mawar merah.

================================================

Lokasi: Bilik Doktor Amirul

Encik Zamarul menemani Alisya ke bilik Doktor Amirul. Resah menanti hasil pemeriksaan kesihatan Alisya. Doktor Amirul memandang Encik Zamarul dan Alisya dengan wajah yang tenang.

Doktor Amirul mengeluarkan satu gambar X-ray. Encik Zamarul dan Alisya sabar menunggu penerangan dari Doktor Amirul.

"Encik Zamarul, Alisya, saya harap kamu berdua bertenang. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketulan di dalam kepala kamu. Mungkin sebab kemalangan dahulu. Dan kami mendapati ketulan tersebut adalah ketulan barah."

Kata-kata Doktor Amirul umpama halilintar. Alisya terkulai dalam pelukan Encik Zamarul. Air mata Alisya mengalir dengan laju. Encik Zamarul menenangkan Alisya. Walaupun hatinya menjerit hiba. Sebagai seorang bapa, dia harus kuat. Jika dia lemah, Alisya akan bertambah lemah. Itulah yang bermain di fikiran Encik Zamarul.

"Encik Zamarul dan Alisya jangan bimbang. Awak masih ada peluang untuk sembuh. Alisya perlu sentiasa menjalani pemeriksaan susulan."

Kata-kata Doktor Amirul tidak mampu menenangkan Alisya. Air matanya terus mengalir laju. Habis lenjun baju Encik Zamarul.

Keluar dari bilik Doktor Amirul, kelihatan lelaki skema bermata empat bersama sejambak mawar merah. Setia menanti permaisuri hatinya. Alisya bertambah sebak memandang wajah itu. Pandangannya terasa gelap. Alisya pengsan lagi.

===========================================

Lokasi: Taman Bunga

"Abang, Alisya ada sesuatu nak bagitahu abang.."

"Ada apa sayang?"

"Alisya terpaksa memutuskan ikatan pertunangan kita. Alisya tak boleh kahwin dengan abang. Alisya ada barah otak. Alisya takkan hidup lama, bang. Alisya tak nak abang membebankan abang. Alisya rela melepaskan abang pergi. Abang carilah orang yang lain. Mungkin Farah. Alisya tahu Farah sukakan abang. Farah seorang yang baik dan cantik. Sesuai untuk abang. Alisya rela lepaskan abang.."

Alisya berjaya juga menuturkan kata-kata tersebut walaupun amat sukar diungkap. Air matanya tidak dapat ditahan. Mengalir deras. Pilu hatinya. Lemah. Alisya tidak mampu memandang muka Amer di saat itu.

Lelaki skema bermata skema memandang Alisya. Direnungnya Alisya dalam-dalam.

**end of part 3**bersambung**

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

adakah lelaki skema bermata empat masih setia di sisi Alisya?
masih menerima keadaan Alisya dengan redha?
atau menerima Farah Syazlina?
tunggguuuuuu (✿◠‿◠)


Friday, November 5, 2010

:: Penyampaian Hadiah Contest ::

Seperti yang dijanjikan. para pemenang contes 'Dia Calon Suamiku' telah pun mendapat hadiah masing-masing berupa sehelai shawl setiap seorang tajaan dari KAMI TUAN BOUTIQUE. Congratz kepada semua pemenang & peserta. Thank kaseh semua ^_^

Pemenang pertama - Syerra atau Nexx.. Nexx ni novelist jugak.. leh bace cni:

Nexx mendapat shawl CS 4 - so sweet ^^,


ni komen dari Nexx

Pemenang kedua - Kak Yan :)

ni komen Kak Yan.. tQ akak ^_^

Kak Yan mendapat shawl CC 18 ni.. ^_^

Thank kaseh semua ye.. hope u like the shawls :D

Try baca yang ini