Wednesday, April 6, 2011

:: Tanya Sama Hati ::

Tanya sama hati..
Apa makna cinta..
Namun tiada jawapannya..
Kerna hati sudah buta...

Tanya sama bicara..
Apa makna sayang..
Namun aku curiga..
Kerna bicara dusta semata..

Tanya sama akal..
Apa makna rindu..
Namun aku buntu...
Kerna akal bisa menipu...

Jadi pada siapa harus ditanya?



Wednesday, January 26, 2011

:: Mari Mengundi Bersama Cik Hifaz ::

Salam..

Actually Cik Hifaz ade nak mintak tolong korang sesuatu ni..
Cik Hifaz de join satu contest ni..
Cik Hifaz nak mintak jasa baik korang untuk tolong undi Cik Hifaz..

Contest yang Cik Hifaz join adalah 'MY BFF Contest' yang dianjurkan oleh eightDesigns Boutique.
Please vote for me ye (^_^)v

Care untuk vote adalah sangat mudah semudah ABC.
Hehe.

Carenyer:

1. Korang kena like page eightDesigns.

2. Korang like gambar Cik Hifaz ngan my BFF: klik [sini] atau pada gambar di bawah.



Please ye korang.
Tolong Cik Hifaz ye.
Thank kaseh banyak2 korang.

Cik Hifaz: U'll be blessed **tiru ayat My Girl** (^___~)v

Thursday, January 6, 2011

:: Dia Calon Suamiku Part 4 ::

Untuk Part 3, sila klik.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alisya menanggalkan cincin di jari manisnya dan menghulurkan kepada lelaki skema bermata empat.

"Alisya, pandang mata abang. Ayah Alisya dah bagitau abang semuanya. Sayang kena ingat, jodoh pertemuan, ajal maut semuanya di tangan Allah. Mungkin ajal abang datang sebelum Alisya, kita tak tahu. Semua tu di tangan Allah. Abang mencintai Alisya seikhlas hati. Dan abang yakin dengan pilihan abang. Dengan kurniaan Ilahi. Abang tetap akan kahwin dengan Alisya. Dan abang janji akan jaga Alisya sebaik mungkin. Insyaallah."

Tenang sekali lelaki skema bermata empat menuturkan kata-kata.

Air mata Alisya jatuh berguguran.Seperti gugurnya daun-daun pada musim luruh. Terharu dengan kesetiaan lelaki skema bermata empat. Alisya sedar lelaki itu benar-benar ikhlas mencintainya. Sesungguhnya dia tidak silap mencintai lelaki tersebut. Perlahan-lahan Alisya memakai cincin pertunangannya kembali. Sekuntum senyuman bersama deraian air mata terpamer di wajah manis milik Alisya Maisara.



=======================================

Lokasi - Rumah Encik Zamarul & Puan Mahani

"Aku terima nikahnya Alisya Maisara binti Zamarul dengan mas kahwin sebuah Al-Quran tunai."

Dengan sekali lafaz akad, Alisya Maisara telah sah sebagai isteri lelaki skema bermata empat. Lelaki pertama yang bertakhta di hatinya. Satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri sekeping hati milik Alisya Maisara. Dahi Alisya dikucup oleh lelaki skema bermata empat bernama Amer Hakimi.

Majlis persandingan diteruskan dengan suasana cukup meriah. Para tetamu memuji kecantikan Alisya dan ketampanan Amer. Persis putera dan puteri kayangan. Rona-rona keemasan pakaian pengantin menambah seri pada wajah kedua mempelai. Encik Zamarul dan Encik Hamdan tersenyum gembira melihat anak mereka bahagia.



Pulau Jeju, Korea menjadi destinasi bulan madu Alisya dan suaminya, Amer Hakimi. Setiap detik diisi sebaik mungkin. Keromantikan lelaki skema bermata empat terserlah. Alisya merasa bahagia sekali. Kebahagiaan telah lama diimpi. Akhirnya mimpi indah menjadi nyata. Persis percintaan antara Kang Jun Sang dan Jun Yoo Jin dalam drama Winter Sonata.



========================================

Alisya berlari menuju ke sinki kamar mandi. Tekaknya berasa loya dan badannya terasa lemah. Wajahnya lesu tidak bermaya. Entah mengapa. 

"Mungkin tersalah makan." Getus hati kecil Alisya.

"Sayang ok? Abang tengok sayang macam pucat je. Kita pergi klinik ye." Ucap lelaki skema bermata skema lembut sambil memapah isteri kesayangannya. 

"Tahniah. Puan Alisya dan Encik Amer akan bergelar ibu dan bapa sedikit masa lagi." 

Kata-kata Dr. Mashitah betul-betul membuatkan hati Alisya dan suami kesayangannya berbunga. Mereka sangat gembira. Tidak sabar untuk menyambut kehadiran permata hati pertama. 

"Abang, kalau anak kita perempuan, Alisya nak bagi nama Farah tau. Farah Liyana. Kalau lelaki, hmm... Abang la yang pilih. Abang nak nama apa?"

Terpancar cahaya kebahagiaan di wajah Alisya. Seolah-olah tiada langsung kesakitan. Seolah-olah sihat bertenaga. Penyakit kansernya sudah lama dilupakan. Alisya sangat tabah dan kuat. Dia mahu melawan penyakitnya dengan berani. Alisya selalu mendapat rawatan di hospital untuk menentang kansernya. 

"Kalau lelaki, abang nak letak nama Irfan pada anak kita. Irfan Hafiz. Muhammad Irfan Hafiz bin Muhammad Amer Hakimi."

Lelaki skema bermata empat tersenyum membayangkan wajah anak mereka nanti. Dia berharap anak pertamanya adalah perempuan yang mempunyai wajah semanis Alisya Maisara, isteri kesayangannya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tamat Part 4

Monday, January 3, 2011

:: Cinta Itu Buta ::



"cinta itu buta dan juga boleh membutakan..
melukakan tapi sukar untuk kita lupakan..
aku cinta padamu hanyalah ungkapan..
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan.."

- monolog Alisya sambil dengar lagu Too Phat :: Dua Dunia -

Try baca yang ini